Saturday 12 October 2013

MENJADI TUNANGAN ORANG TANPA SEDAR.

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki? Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan.

Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku." "Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut. Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon. Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan? ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting? tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri. Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah? Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut. Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Friday 11 October 2013

~HEAD SHOT ~ 

-Copy from IBNU BATOOTA OWSEM-

Adeh, sekali lagi ada orang mati kena tembak depan mata aku...

Mana tak keras hati aku ni..... =.="

Orang asyik persoalkan kenapalah aku ni "kasar" sangat....apa lagi aku nak jawab melainkan aku dah sebati dengan hidup macam ni...6 tahun aku kat ceruk dunia Afrika ni, dah berapa orang mati depan mata aku...ada yang kena head shot, ade yang kena tikam...lagi-lagi kat tanah afrika ni memang highest crime in the world selepas benua Amerika (including mexico- kubu mafia)...sebab Afrika ni kan kubu drugs sedunia....

gun shot everywhere..

drugs dealer everywhere...

Hari-hari dengar street guys swearing each other, cursing each other...

Ni aku baru je lepas tengok dua ekor gengster taxi bergaduh sambil tembak menembak dan salah sekornya kena head shot...eiuww memang tak boleh blah...macam tengok movie... =.="

Ada la sekali tu ikut tabligh kat afrika ni pergi ziarah dakwah rumah-ke-rumah, kebetulan orang tabligh tempatan yang ikut jemaah pergi dakwah masa tu semuanya bekas gengster yang lahir islam tapi baru nak kenal Islam...bila tabligh gengster ni pergi dakwah, dia bawak pistol dalam poket jubah dia...kitorang pelik lah kenapa lah diorang ni dok usung pistol tu...pastu tiba-tiba ada sorang negro mabuk datang halang jemaah ni dari dakwah dan maki hamun jemaah kita...gengster tabligh ni tak cakap banyak terus keluar pistol dan tembak tepat kat kepala negro mabuk tu...terus jatuh menggelupur atas jalan..pastu dia ajak kitorang teruskan dakwah pergi rumah seterusnya..

Mau tak terlopong mulut jumpa orang gini?

Kalau orang dakwah kat sini pun tahap gengster nya macam tu, apatah lagi orang biasa?

Walaupun aku tak mencarut macam diorang, tapi berada dalam suasana yang penuh aura busuk ni jugak membuatkan hati aku "keras", tapi bukan bermakna aku "jahat", cuma cara komunikasi aku je "buruk" sebab setiap hari kena jumpa mamat-mamat street ni untuk dakwah dan lain-lain....kalau tak cakap "cara" diorang, diorang tak mau dengar dakwah kita... =.="

So kalau aku terbawa-bawa cara tu dengan korang (orang Melayu) yang memang well-known sebagai golongan hati maruku (kuat merajuk) dan mempunyai peratusan "pecah hati" paling tinggi dalam dunia... tak payah la auw auw sangat...jangan la ambik hati dengan "bahasa" aku ni...

I really don't mean it...dat's just de way I speak sebab aku tak tau macam mana nak ekspresi-kan perasaan aku ni bila bercakap atau menulis..

So kalau korang rasa "bahasa" aku ni tak begitu "melayu", korang tak payah lah follow ye? bcoz nobody putta gun on ur head n force u to follow me. u've full right of choice to badly hit a damn block button on ur page to get rid of me...

Don't waste ur time on giving me nasihat untuk "bersopan santun"...it just mentally unsound to me....

Dan itu muktamad!

Aku tak mahu "berubah" dan korang yang kena berambus dari page aku...got it?

Berapa banyak page so-called "dakwah page" yang berterabur dalam facebook ni yang lebih auw auw untuk korang follow...

Dan sejak aku create fb aku ni, aku tak pernah promosikan diri aku sebagai "ustaz", jadi tak perlu lah nak cuba sakitkan hati aku dengan that word misalnya:

"Macam ni ke ustaz punya bahasa?"

Sebab aku tak akan sakit hati dengan ayat tu...
Korang kena hina aku lebih lagi untuk bagi aku sakit hati sebab aku memang susah nak sakit hati... 

Tapi!

1 thing korang kena ingat...aku memang expert untuk bagi orang sakit hati..

Jadi kalau tak mau disakiti, janganlah cuba berlagak sebagai harimau kalau sedar diri tu kucing~

Tapi kalau korang hina Allah, hina Nabi, hina isteri Nabi, hina Sahabat, hina imam-imam 4 mazhab, hina ulama-ulama silam..

Yang itu memang buat aku sakit hati...kalau korang calar sikit je nama-nama tu, memang aku isytiharkan perang dengan korang sepertimana my beloved Saidina Abu Bakar isytihar perang hanya kerana orang bayar zakat unta tanpa tali (if u know dat story)..

Memang aku perasan ada beberapa cuba ca-pub (cari publisiti) cara aku ni (pakai bahasa "kasar") sebab diorang fikir diorang boleh jadi femes dengan cara tu...

But they are totally wrong, sebab "kasar" doesn't mean kena "mencarut"...

Aku "kasar" tapi aku tak "mencarut"...so tak payahlah nak mencarut kat fb untuk cari publisiti sebab orang tak kan follow korang,tapi orang akan benci korang sebab sakit mata baca ayat-ayat kotor korang tu...

Aku pakai bahasa "cool" bukannya bahasa "kotor" ..itu korang kena faham...

So sape yang nak follow, sila sediakan hati besi...

sape yang hati maruku, sila pergi layan page hindustan...

U r not worthy to be my follower~

~selesai mengutuk unemployed advisor a.k.a "Penasihat-tak-bergaji"~

Note: Aku memang tak pernah pakai bahasa kasar kalau bercakap dengan orang dalam real life world, kalau tak caye, cube tanye orang yang kenal aku dalam dunia sebenar. So "garang" dalam fb bukan bermakna hati kita tak de bunga ros.  Tak payah lah nak bapuk sangat kalau nak baca tulisan aku dalam fb ni. Fb ni bukan medan dakwah, tapi tempat berak dajjal, sebab tu aku tak berminat nak bersopan santun kat sini...

aku bagi information dalam fb, bukannya berdakwah...

Nak dakwah, pergi lah dakwah cara Nabi yang juga dilakukan oleh SEMUA nabi-nabi. Kalau solat nak ikut cara Nabi ,apsal plak dakwah tak nak ikut cara Nabi?

"Amal agama,jangan ikut nafsu, tapi ikut syariat."

Wednesday 9 October 2013

ORANG TABLIGH PUN PANDAI TOUCHING JUGA ! 


                      LUAHAN HATI SEORANG TABLIGH....

 
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari
lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje
senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,
nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan
kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la
senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena
tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org
dtg.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,
yg mana intan, yg mana kaca.
(sumpah!!!sy bkn jual ubat..tp sy nk minta sedekah mase kejap,lehhh???)

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum)
yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori,bukannya
sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg
amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun
ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT""Tak main la
sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?Kan diri
sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) ,
bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2
dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best
Ummat".
Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan
Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye
pegangan,
So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn
isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik
kampung esok pagi!!
"Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik
pangkat),"
"no prob.,anytime kamiready!
"Si isteri lambai pemergian suami dgn
wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik
gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,Bab dunia,
tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik
peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,
harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan
masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dlm syurgaNya,Itu saja...
Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..pakai
selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....passport
penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak
tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....
sunnah nabi...bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..
keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teoritersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad
SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori
tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke M'sia ni...

(relaks laah atok..kami maseh muda,lu dulu mase muda enjoy gak kan)

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping
kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama
agaknya.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions
andignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakarreceived the first kalimat
terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,
he will not be top performers after Nabi
Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders &
chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.......                  

WANITA YG BERSIFAT MASTURAT???



masturat adalah sifat wanita solehah yg sgt mulia..ini adalah sifat sahabiah r.anha dan waniata2 solehah...masturat ini bermaksud "yg terlindung" dari perkataan satara...mksudnyer wanita masturat ini,
kita tidak tahu identiti nyer...tinggi ke pendek ke hitam ke putih ke n mcm2 lg semua nyer rahsia...
hanya mahram sahaja  tahu tntg dirinyer...Aishah Ummul Mukminah r.anha suka memakai pakaian besar agak tiada siapa tahu bentuk badannya..Rabiatul Adawiyah rah. berkata kepada hambanya,kalau aku
mati,tanamlah waktu malam,agar tiada siapa tahu aku tinggi ke rendah ke gemuk ke kurus ke...
semua manusia akan telanjang di mahsyar,Allah memerintahkan malaikat tundukkan pandangan tatkala Fatimah r.anha melalui sirat kerana dia sgt menjaga auratnyer yakni bersifat masturat..semua wanita seharusnya bersifat masturat untuk mendapat redho ALLAH dan mencontohi sahabiah r.anha...

                                                          (aweks aweks yg masturat).....

kelebihan wanita Muslimah yg solehah lagi masturah.....

Gambar di copy dari Blog.Dr.pakar.sakit.iman

beza yg aurat masturat dgn yg aurat sekerat

(abby adabi abadi pun nk jd masturat)

(pilih yang mane satu nak)
1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya. 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".

Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. 

Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.

kEtuRunAn ABU bakar yg berhijrah ke INDIA

KETURUNAN HAZRAT MAULANA ILYAS KANDAHLAWI (RAH)

Semasa zaman pemerintahan khilafah Islam mula berkembang...ada penghijrahan berlaku..dalam pemerintahan khilafah turki uthmaniyyah,ade beberapa kerajaan Islam yg memerintah sendiri tetapi masih membuat hubungan dengan KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH...
                        
                        antaranya ialah kerajaan Idrisi,Hamdani,Fatimmiah,Murabitun,kerajaan Islam nusantara,shaafawiyyah dan juga kerajaan Islam mOghul,,,kerajaan IsLam moghul atau mughal ini lahir pada tahun 1526 hingga 1858...ramai Ulama' dari seluruh dunia datang berhijrah ke benua india ini semata-mata untuk beri khidmat kepada kerajaan IsLam moghul...antaranya syeikh Ibnu batoota...beliau pernah menjadi kadi di benua india dalam pemerintahan moghul ini..tidak khairan lah benua ini terkenal dgn Ulama' muhadith yg sangat masyhur kemungkinan besar perkahwinan campur antara baka arab yg berketurunan ulama hadith dgn orang benua india..

   (empayar mughal atau pun beras moghul)



(masjid kerajaan mughal)


(benteng pertahanan mughal empires)


selain dari itu,ada satu keluarga arab yg datang dari bumi Hijaz al-moqaddis yg berketurunan Saidina Abu Bakar berhijrah ke India untuk memberi khidmat kepada kerajaan Islam Moghul ini...mereka menetap di kandhelah, India....dan keturunan mereka ini menetap di sini hingga ke hari ini dan menjadi akabiren dalam medan dakwah..kerana mereka bukan keturunan India tetapi keturunan Arab yg mulia iaitu Amirul Mukmin Abu Bakar As-siddiq R.A.....name-name keturunan mereka di nisbatkan dgn "kandahlawi" sempena name tempat mereka tggl...jadi!!!orang2 tabligh pergi India,bukan belajar dakwah dgn golongan Paria,minachi atau pun samiybellu...tp belajar dakwah dr keturunan Arab yg mulia...

Jadi untuk aku buktikan bahawa Maulana Ilyas dan anaknya berketurunan Abu Bakar sekaligus mengisytiharkan mereka dari Banu Tamim,maka aku nyatakan disini salasilah Keturunan Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawy Rah anak maulana ilyas kandahlawi.
Biodata Maulana Yusuf rah.
Syaikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi lahir pada 25 Jamadil awal, 1335 H, sesuai dengan 20 March 1917 di Kandhla di India.Keluarganya terkenal dengan keilmuan dan kesetiaan total dalam perjuangan Islam.
Berikut adalah silsilah keturunan beliau dari Garis Ayah:
•Maulana Muhammad Yusuf anak dari
•Maulana Muhammad Ilyas anak dari
•Maulana Muhammad Ismail anak dari
•Syaikh Ghulam Hussein anak dari
•Hakim Karim Baksh anak dari
•Hakim Ghulam Mohiuddin anak dari
•Maulana Muhammad Sajid anak dari
•Maulana Muhammad Faiz anak dari
•Maulana Hakim Muhammad Syarif anak dari
•Maulana Hakim Muhammad Asyraf anak dari
•Syaikh Jamal Muhammad Syah anak dari
•Syaikh Nur Muhammad anak dari
•Syaikh Bahauddin Syah anak dari
•Maulana Syaikh Muhammad anak dari
•Syaikh Muhammad Fadhil anak dari
•Syaikh Qutb Syah.
Silsilah keturunan dari Garis Ibu:
•Ibunya anak dari
•Maulvi Rauful Hasan anak dari
•Maulana Zia-ul-Hasan anak dari
•Maulana Nurul Hasan anak dari
•Maulana Abul Hasan anak dari
•Mufti Ilahi Baksh anak dari
•Maulana Syaikhul Islam anak dari
•Hakim Qutbuddin anak dari
•Hakim Abdul Qadir anak dari
•Maulana Hakim Muhammad Syarif anak dari
•Maulana Hakim Muhammad Asyraf anak dari
•Syaikh Jamal Muhammad Syah anak dari
•Syaikh Nur Muhammad anak dari
•Syaikh Bahauddin Syah anak dari
•Maulana Syaikh Muhammad anak dari
•Syaikh Muhammad Fadhil anak dari
•Syaikh Qutb Syah.
Garis silsilah keturunan ayah dan ibu dari keluarga Maulana Yusuf bertemu di Hakim Muhammad Syarif. Lalu garis silsilah keluarga keturunan mereka kembali ke Amirul Mukminin Hazrat Abu Bakar Siddiq RA. Kedua keluarga ini tinggal di desa Kandhala dan Jinhjana. Mereka terkenal dengan kesolehan, keilmuan dan ketakwaan.Seluruh keturunan mereka adalah para ‘Ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah dan para Wali.
Maka jelas sudah bahawasanya Maulana Ilyas dan isterinya adalah dari keturunan Abu Bakar r.a dan kini keturunan ini terus menerus menjadi pemimpin jemaah terbesar dunia ini.Anak kepada Maulana Yusuf rah. ialah Maulana Harun rah. dan anak kepada Maulana Harun ialah Maulana Sa’ad Kandahlawi at-Tamimi yang masih hidup pada zaman ini dan kini menjadi pemimpin jemaah Tabligh sedunia mendakwahkan agama ke seluruh pelusuk dunia.
keturunan kandahlawi(BANI TAMIM):
                                                   (maulana ilyas bin maulana ismail kandahlawi)
                                                        (maulana yusof bin maulana ilyas kandahlawi)
 (maulana harun bin maulana yusof kandahlawi dan maulana saad bin maulana harun kandahlawi)

(muhaddith kabir maulana zakariyya bin maulana yahya kandahlawi)

(maulana hadratji inamul hasan kandahlawi)
(maulana zubair bin maulana inamul hasan kandahlawi)